Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Pandan_Indah

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Sungai Kerayong, Pandan Indah, Selangor. Di sebelah barat laut stesen adalah Flat Taman Bakti manakal di sebeah tenggar stesen adalah Pangsapuri Inai. Juga terletak berhampiran stesen adalah pusat membeli-belah Axis Atrium, kondominium Axis Residences, kawasan perumahan Pandan Indah, Taman Bakti, Taman Cempaka, pangsapuri Pandan Mas dan Dewan MPAJ Taman Cempaka.

Pelan stesen

GBagunan stesenPintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, tempat letak kenderaan, hentian teksi dan kenderaan persendirian
G
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri
AG Arah Selatan Laluan Ampang menghala ke Sentul Timur (Pandan Jaya)
AG Arah Utara Laluan Ampang menghala ke Ampang (Cempaka)
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri

Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Ampang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[3] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 277 petak parkir kereta — 2 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU.[4]